Items filtered by date: September 2014
25 September 2014 In Maintenance
Hon kereta merupakan alat yang penting di dalam menyampaikan tanda atau amaran ketika memandu. Namun begitu, jika hon tidak dapat berfungsi, anda mungkin berada di dalam situasi yang merbahaya terutama ketika kecemasan kerana tidak dapat untuk memberi tanda amaran kepada pengguna yang lain...
 
Untuk membaiki hon yang tidak berfungsi, terdapat beberapa cara, antaranya:
 
1- Mengeluarkan wayar penyambung yang terdapat di hon tersebut dan memasukkan semula..Kadang kala ada wayar yang longgar yang menyebabkan hon tidak berfungsi..
 
2- Menggantikan fius dalam kotak fius sekiranya ia telah rosak
 
3- Menggantikan hon sekiranya ia telah rosak.
 
Sekiranya anda tidak pasti, sila dapatkan khidmat nasihat dari pihak German Mechanics di talian 03 4106 9395
04 September 2014 In Maintenance

Apabila dua tanda ini menyala pada meter kereta anda, sila ambil tindakan yang segera. Ia mungkin boleh menyebabkan perkara yang tidak di ingini berlaku kepada kereta anda.

 \"\"

Tanda menunjukkan bateri kereta anda tidak dicas

Lampu amaran ini biasanya akan menyala sebelum kita start enjin. Tetapi sekiranya ia masih bernyala semasa pemanduan, ia menunjukkan bahawa bateri sedang mengalami masalah. Kereta anda akan berhenti secara tiba-tiba. Sekiranya sempat, pastikan anda menuju ke bengkel kereta terlebih dahulu. Anda perlu menukar alternator dan bateri perlu dicas semula kuasanya.

 

\"\"

Tanda amaran minyak enjin tidak menepati had minima

Tanda ini menunjukkan bahawa minyak enjin atau minyak hitam kereta anda sudah berada di bawah tahap minima yang diperlukan oleh kereta anda. Kemungkinan juga terdapat kebocoran pada tangki minya enjin. Anda dinasihati agar tidak meneruskan perjalanan sekiranya lampu amaran ini menyala secara tiba-tiba. Ia boleh merosakkan enjin kereta anda. Sebaliknya, tambah minyak terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Dan periksa tahap minimum setiap kali anda menggunakan kereta anda.

Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai kereta anda, sila hubungi pakar enjin kami di German Mechanics 03 41069395

You are here: Home Our blog Items filtered by date: September 2014